Husam Cabar Takiyuddin Di Parlimen Kota Bharu

Pakatan Harapan (PH) Kelantan menyifatkan calon-calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai ‘hidangan yang menyelerakan’.

Pengerusi PH Kelantan Husam Musa berkata, ia kerana calon-calon mereka disusun dengan lengkap untuk rakyat Kelantan.

“Berbanding dengan calon parti tertentu yang mengumumkan calon mereka yang sebahagiannya telah diketahui oleh rakyat pretasi mereka.

“Kita membawa satu tema perubahan, oleh sebab itu calon-calon kita bukan sahaja berwawasan, berwibawa, dan berkelayakan. Tetapi lebih penting daripada itu mereka mampu melaksanakan tugas untuk mentadbir negeri Kelantan dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pengisytiharan calon PH Kelantan di Kota Bharu Kelantan malam tadi.

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan, Husam sah akan mencabar Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di parlimen Kota Bharu dalam saingan tiga penjuru.

Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengumumkan calonnya Fikhran Hamshi Mohd. Fatmi akan bertanding di kerusi tersebut.

Berikut senarai calon PH Kelantan

Parlimen

P.019 Tumpat – Datuk Nordin Salleh

P.020 Pengkalan Chepa – Mohamad Bin Ibrahim

P.021 Kota Bharu – Husam Musa

P.022 Pasir Mas – Che Ujang Bin Che Daud

P.023 Rantau Panjang – Dr Wan Shah Jihan Bin Wan Din

P.024 Kubang Kerian – Datuk Dr. Abdul Halim Bin Yusof

P.025 Bachok – Zulkifli Zakaria

P.026 Ketereh – Dr Mohd Radzijidin

P.027 Tanah Merah – Dr Mohamad Fauzi Bin Zakaria

P.028 Pasir Puteh – Datuk Kamaruddin Md Noor

P.029 Machang – Datuk Sazmi Miah

P.030 Jeli – Azran Deraman

P.031 Kuala Krai – Dr Mohd Yazid Bin Abdullah

P.032 Gua Musang – Mohd Nor Hussin

Kawasan Dewan Undangan Negeri

N.01 Pengkalan Kubur – Datuk Wan Rosoi Hj Mat Rasik

N.02 Kelaboran – Nik Faizah Bt Nik Othman

N.03 Pasir Pekan – Wan Johariwan Omar

N.04 Wakaf Bharu – Mohd Khir Zahri

N.05 Kijang – Nasruddin Abdullah

N.06 Chempaka – Mohammad Omar

N.07 Panchor – Zulhazmi Hassan

N.08 Tanjong Mas – Dr Hafidzah Mustakim

N.09 Kota Lama – Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman

N.10 Bunut Payong – Sanusi Hj Othman

N.11 Tendong – Dr Wan Mohd Zulkhairi Wan Mad Zain

N.12 Pengkalan Pasir – Sharani Bin Mohd Naim

N.13 Chetok – Ali Abdu Rahman Bin Hasan

N.14 Meranti – Mohd Romizu Mohd Ali

N.15 Gual Periok – Mohd Ridzuan Bin Muhamad

N.16 Apam Putra -Mohd Hisyamuddin Ghazali

N.17 Salor – Husam Musa

N.18 Pasir Tumboh – Mohd Noor Mat Yajid

N.19 Demit – Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah

N.20 Tawang – Mohammad Azihan Bin Che Seman

N.21 Perupuk – Datuk Ismail Ghani

N.22 Jelawat – Mohd Fahmi Zakaria

N.23 Melor – Ab Aziz Bin Ab Kadir

N.24 Kadok – Che Ibrahim Mohammad

N.25 Kok Lanas – Dr Mohd Hanafi Ismail

N.26 Bukit Panau – Hisham Bin Fauzi

N.27 Gual Ipoh – Mohd Soba Bin Hussin

N.28 Kemahang – Bahari Mohamad Nor

N.29 Selising – Ismail Bin Muhammad

N.30 Limbongan – Zarir Bin Yaakob

N.31 Semerak – Wan Marzudiwan Omar

N.32 Gaal – Ab Rahman Yaacob

N.33 Pulai Chondong – Ab Halim@Kamaruddin Hj Ab Kadir

N.34 Temangan – Mohd Ridzuan Bin Alias

N.35 Kemuning – Ab Kadir Othman

N.36 Bukit Bunga – Asran Alias

N.37 Air Lanas – Dr Aminuddin Yaacob

N.38 Kuala Balah – Dr Mohd Hafidz Rizal Amran

N.39 Mengkebang – Wan Mohammad Azran Ahmad

N.40 Guchil – Mohd Roslan Putih

N.41 Manek Urai – Mohamed Dahan Bin Mat Jali

N.42 Dabong – Wan Ahamad Fadzil Bin Wan Omar

N.43 Nenggiri – Othman Yusoff

N.44 Paloh – Noraini Husain

N.45 Galas – Nasir Dollah