Polis Kelantan Siasat Calon PH Berhubung Kes Cabul

Polis Kelantan sedang menyiasat seorang calon Pakatan Harapan (PH) negeri itu berhubung kes cabul seorang wanita tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Ismail Mat Sidik mengesahkan perkara itu berdasarkan satu laporan yang dibuat mangsa pada Jun 2017.

“Kes tersebut bukan kes rogol, tetapi cabul. Kita siasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar Februari tahun lalu di sebuah bilik hotel di Kota Bharu.

Suspek dipercayai dipilih menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen Pengkalan Chepa. Р27 April 2018.