Nik Omar Di Cempaka Hampir Pasti

Spekulasi Nik Omar Nik Abdul Aziz calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hampir pasti.

Menurut sumber, anak kedua bekas menteri besar Kelantan (Allahyarham Nik Abdul Aziz) itu akan muncul di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, pagi ini.

“Insya-Allah beliau akan bertanding mewakili Pakatan Harapan di DUN Chempaka.

“Segala persiapan dari segi pengurusan pencalonan sudah disediakan, kita tunggu penamaan calon secara rasmi beberapa jam lagi (pagi ini).

Pada majlis pengisytiharan calon Pakatan Harapan Kelantan baru-baru ini mengumumkan seorang yang bernama Mohammad Omar sebagai calon mereka bagi kerusi Chempaka.

Bagaimanapun, individu berkenaan tidak muncul di pentas utama untuk diperkenalkan kepada orang ramai. – 28 April 2018.