Itu Adalah Helah DAP

Apabila DAP sanggup menggunakan logo PKR, ada yang mengatakan itulah kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir Mohamed dapat menyatukan empat komponen mereka bergabung di bawah satu jenama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini,

Namun, bagi individu yang lebih dekat dengan DAP iaitu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Mohammad Fairus Khairudin adalah sebaliknya.

Bagi beliau, itu adalah semata-mata helah DAP bagi merealisasikan agendanya yang terkenal dengan dasar anti Melayu dan Islam.

“Mereka tahu sekarang ini kekuatan pembangkang makin rapuh. DAP yang konsisten dengan prinsip anti Melayu dan Islam sedia mengorbankan logonya yang selama ini dipertahankan dengan cukup bangga.

“Itu sebenarnya memberi isyarat lain, mereka sebenarnya makin sukar untuk menguasai pengundi Melayu.

“Jadi, DAP melihat ini peluang untuk menggunakan Tun M bagi memecahkan undi Melayu dan dokongan Melayu,”katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kok Lanas, Kelantan.

Beliau berkata, DAP mahu mengambil kesempatan dalam situasi politik yang semakin genting ini bagi memastikan kelangsungan partinya.

Justeru, beliau menasihatkan pengundi supaya berfikir secara matang agar tidak mudah tertipu dengan permainan politik pembangkang.

“Kita perlukan pemimpin yang berprinsip, bukan hipokrit kerana kita inginkan negara yang aman dan stabil,” katanya. – 30 April 2018.

%d bloggers like this: