Nik Omar Bakal Ditentang Ibunya Sendiri Dalam Kempen PRU14 Di Cempaka

Calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka Nik Omar Nik Abdul Aziz bakal ditentang ibunya sendiri dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan, adiknya yang juga calon bagi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh berkata, ibunya Tuan Sabariah Tuan Ishak akan turun berkempen bagi membantu kemenangan calon PAS di Parlimen Pengkalan Chepa.

“Bonda asalnya akan hanya menumpukan kempen di Parlimen Bachok atas faktor kesihatan yang sedikit membataskan pergerakan, selain mengukuhkan lagi pengenalannya bersama jentera PAS dan rakyat Bachok.

“Tetapi disebabkan ada sedikit gangguan dari dalam keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk turut bersama jentera muslimat PAS di sana,” katanya. – 30 April 2018.