Najib akan disoal siasat buat kali kedua hari ini

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikehendaki hadir buat kali kedua di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, Najib perlu dirakam keterangan berhubung perkara itu.

Selasa lepas, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan hadir buat kali pertama di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan mengenai isu berkenaan.

SRC International Sdn. Bhd. ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.