Musa alu-alukan SPRM geledah kediamannya

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah kediamannya.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan peguamnya, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya itu.

Sebelum ini, media melaporkan, SPRM telah membuat serbuan namun gagal memasuki kediaman Musa kerana tiada seorang pun berada di rumah. – 27 Mei 2018.