Gara-gara mercun buatan sendiri, pelajar OKU hampir hancur empat jari

Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) hampir hancur empat jarinya apabila mercun buatan sendiri meletup secara tiba-tiba di tangannya ketika dicucurkan api.

Muhammad Ridwan Abdul Rashid, 16, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan setelah mendapatkan rawatan awal di Hospital Daerah Besut.

Menurut abang mangsa, Azlan Shah, 34, kejadian berlaku di Kampung Taman Tasik, Kuala Besut.

Ketika ditemui di rumahnya, Azlan berkata, adiknya bersama 10 rakan telah memasukkan serbuk belerang mercun bola ke dalam sebiji botol kaca tetapi meletup apabila mencucurkan api padanya. – 29 Mei 2018.