Husam, Wan Rahim dihalang masuk pejabat kerajaan negeri

Kerajaan PAS Kelantan menghalang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan Wan Abdul Rahim Abdullah daripada memasuki semua jabatan di bawah kerajaan negeri itu.

Menurut pekeliling pengurusan yang ditandatangani oleh setiausaha kerajaan negeri, Nazran Muhamad, mereka berdua juga turut dihalang dari memasuki semua istana di negeri itu.

Arahan bertarikh 27 Mei itu dikeluarkan kepada semua jabatan-jabatan kerajaan negeri Kelantan.

“Mana-mana pegawai kerajaan negeri berkenaan yang ingkar arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan Pegawai Awam Negeri Kelantan (kelakuan dan tatatertib) tahun 1996 atau mana-mana peraturan yang berkuat kuasa pada masa ini,” kata pekeling berkenaan. – 29 Mei 2018.