SPRM panggil Rosmah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor hadir ke ibu pejabatnya pada Selasa ini bagi membantu siasatan berhubung skandal SRC International Sdn. Bhd.

Menurut notis SPRM, Rosmah perlu hadir ke pejabat suruhanjaya itu bagi merekodkan keterangannya pada jam 11 pagi.

Notis berkaitan diserahkan oleh pegawai suruhanjaya berkenaan di kediaman beliau di Jalan Langgak Duta, semalam.

Minggu lalu SPRM telah merekod keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak dua kali berhubung skandal berkenaan.

Najib dan Rosmah kini disekat ke luar negara dan bekas perdana menteri itu disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011. – 1 Jun 2018.