Mulai 9hb November 1977 hingga 8hb Julai 1978, demokrasi telah digantung di Kelantan. Pada 7:30 malam, 8 November 1977, seluruh negara tertumpu kepada Dewan Rakyat yang membahaskan dan mengundi Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977. Artikel ini ditulis berdasarkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat pada malam tersebut, dengan merujuk hanya kepada penyata rasmi parlimen.