Pada 17hb Julai 1948, Gua Musang ditawan oleh pengganas Komunis. Hubungan di antara Gua Musang kawasan-kawasan lain di Persekutuan Tanah Melayu telah terputus. Penduduk disitu dimaklumkan bahawa Gua Musang adalah kawasan terakhir yang dibebaskan oleh PKM dari penjajah, seluruh Tanah Melayu sudah menjadi milik PKM. Hakikatnya Gua Musang adalah kawasan yang pertama dan terakhir berjaya ditawan oleh pengganas komunis. Artikel ini ditulis berpandukan maklumat daripada beberapa buah buku oleh sejarahwan, Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia dan mendiang Chin Peng.