Tragedi berdarah di hari terakhir persekolahan penggal pertama, meragut nyawa 8 pelajar yang dalam perjalanan pulang bercuti. Peristiwa menyayat hati ini bukan sahaja merobek perasaan keluarga mangsa tetapi turut menghantui penduduk sekitar. Trauma itu berterusan, beberapa tahun selepas kejadian mereka masih boleh mendengar jeritan dan tangisan meminta pertolongan.

“Suara mereka begitu menyanyat hati, sama kuat dengan bunyi keretapi melanggar bas itu…” kata seorang mangsa yang terselamat.